Misi ketuk pintu Piala Dunia

Misi ketuk pintu Piala Dunia

Skuad Harimau Malaya menjalani Sesi Kem Latihan sebagai persediaan menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Wisma FAM Kelana Jaya.

TUMPUAN terkini skuad Harimau Malaya beralih kepada usaha mengetuk ‘pintu’ Piala Dunia, tanpa mengabaikan inisiatif mengukuhkan cengkaman di persada Asia, selepas menoktahkan penantian lebih empat dekad untuk layak secara merit ke Piala Asia.

Berdasarkan tahap kemajuan pada era ‘kepimpinan Kim Pan-gon’ yang menyaksikan Malaysia kini merupakan pasukan ke-24 terbaik Asia, skuad kebangsaan sememangnya memiliki potensi untuk mara lebih jauh dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 sekali gus mencipta sejarah tersendiri.

Bermula Khamis ini, skuad Harimau Malaya akan berjuang merebut 18 slot ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia, selepas sering terkandas di pusingan kedua kelayakan dalam percubaan terdahulu, meskipun jurulatih saling bertukar ganti.

Diundi dalam Kumpulan D pada kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Malaysia yang menghuni ranking dunia ke-137 sebenarnya berdepan tugas mencabar dan sedikit kesilapan pastinya akan mengundang padah.

Scroll to Top