Misi terakhir Deschamps bersama Les Bleus

Misi terakhir Deschamps bersama Les Bleus

PERLAWANAN tempat ketiga Piala Dunia mungkin dianggap aksi yang sukar diterima selepas impian ke final berkecai, namun ia tetap membawa makna tersendiri buat Didier Deschamps dan Thomas Tuchel.Buat Deschamps, pertemuan menentang England menjadi pentas terakhirnya selepas 14 tahun mengemudi Perancis dengan penuh gemilang, termasuk membantu Les Bleus menjulang Piala Dunia 2018 serta muncul naib juara edisi Qatar 2022.Jurulatih berusia 57 tahun itu pastinya mahu menutup era panjangnya bersama Perancis dengan kenangan manis selepas impian melangkah ke final kali ini musnah apabila tewas 0-2 kepada Sepanyol di separuh akhir.”Ada tempat ketiga untuk dipertaruhkan, jadi kami akan melakukan segala yang termampu untuk memenanginya,” kata Deschamps yang mengakui kekecewaan selepas gagal mencapai sasaran utama pasukan.Bagi Tuchel pula, aksi di Miami menjadi peluang untuk mengembalikan maruah England selepas mereka mensia-siakan kelebihan sebelum tunduk 1-2 kepada Argentina dalam perlawanan separuh akhir di Atlanta.Pengendali Jerman itu mengakui tiada siapa dalam kem England mahukan aksi penentuan tempat ketiga, namun menegaskan pemainnya tetap akan memberikan komitmen profesional.”Tiada seorang pun pemain kami mahu bermain perlawanan ini. Mereka mahu bermain final.”Kami sudah memberikan segala-galanya untuk mencapai impian itu tetapi inilah hakikatnya,” kata Tuchel.

Scroll to Top