Misteri ratusan baju atas siling kubur berbumbung

Misteri ratusan baju atas siling kubur berbumbung
Ada pihak cuba mengaitkan penemuan itu dengan kejadian mistik. Foto Agensi

Ada pihak cuba mengaitkan penemuan itu dengan kejadian mistik. Foto Agensi

BAYOLALI – Penemuan ratusan baju di atas siling sebuah kawasan perkuburan berbumbung mencetuskan tanda tanya kepada banyak pihak.

Rakaman video berdurasi enam minit dan 50 saat itu turut menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan pemilik akaun @si_bolang72 pada Selasa dengan kapsyen menarik perhatian warganet, ‘kecoh, makhluk halus (kuntilanak) curi baju disembunyikan pada siling’.

Keterangan video itu menjelaskan insiden itu berlaku di sebuah kubur keluarga di Makam Lodji, Dusun Trayon RT/RW 01/02, Desa Kebonan, Kecamatan Karanggede, Boyolali di Indonesia.

Menerusi klip tersebut, seorang lelaki warga setempat sedang mengeluarkan timbunan baju tersebut setelah siling berkenaan dipecahkan.

Sehingga kini, misteri di sebalik penemuan tersebut masih belum terungkai meskipun ada pihak cuba mengaitkannya dengan kejadian mistik. – Agensi

Scroll to Top