MLS sahkan Messi, Alba digantung satu perlawanan

MLS sahkan Messi, Alba digantung satu perlawanan

Los Angeles, Amerika Syarikat: Selepas pengendali Inter Miami, Javier Mascherano yakin Lionel Messi dan Jordi Alba, sebaliknya penganjur liga Major League Soccer (MLS) mengumumkan keputusan berbeza.

Menerusi satu kenyataan, Messi dan Alba sah digantung selepas kedua-duanya tidak hadir ke perlawanan All-Star MLS awal minggu ini, kata penganjur liga itu pada Jumaat.

Jelas MLS, Messi dan Alba tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan menentang FC Cincinnati pada Sabtu ini.

“Disebabkan ketidak hadiran mereka di acara All-Star minggu ini.

“Menurut peraturan liga, mana-mana pemain yang tidak menyertai perlawanan All-Star tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada liga adalah tidak layak untuk beraksi dalam perlawanan seterusnya bersama kelab masing-masing,” kata kenyataan ringkas itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top