“Moga Jadi Ladang Pahala Buat Semua” – Amar Baharin Selesai Agih Wang Infak Di Madinah

“Moga Jadi Ladang Pahala Buat Semua” – Amar Baharin Selesai Agih Wang Infak Di Madinah

Pelakon Amar Baharin meluahkan rasa syukur apabila selesai mengagihkan makanan hasil wang infak yang diterimanya sebelum memulakan misi #JourneyToTanahHaram baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amar memaklumkan wang tersebut telah diinfakkan menerusi sebuah restoran untuk agihan makanan kepada jemaah di Masjid Nabawi.

“Alhamdulillah semua duit infaq (yang diberi sebelum mula perjalanan, ditengah perjalanan dan sesudah sampai di Tanah Haram Madinah ) telah saya infaqkan menerusi Restoran @paktam.madinah untuk diagihkan kepada jemaah di Masjid Nabawi,” katanya.

 

Bukan itu sahaja, Amar atau nama lengkapnya, Amar Mohd Baharin, 39, turut menitipkan ucapan agar kesemua duit yang diinfakkan menjadi ladang pahala buat mereka yang membelanjakan harta mereka ke jalan Allah.

“Semoga menjadi ladang pahala buat semua yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Misi Berbasikal Amar Baharin Akhirnya Tamat Di Madinah, Amyra Rosli Luah Rasa Bangga!

ARTIKEL BERKAITAN:#JourneyToTanahHaram: Amar Baharin Berdepan Cuaca Panas Cecah 51 Darjah Celcius, Akui Badan Kini Lemah

ARTIKEL BERKAITAN:Sebak! Amyra Rosli Doa Misi Kayuhan Ke Makkah Amar Baharin Dipermudahkan -“Berat Hati Melepaskan, Namun Perjalananmu Menuju Cinta Ilahi’

ARTIKEL BERKAITAN:Berjauhan Selama Tiga Bulan, Amyra Rosli Reda & Sokong Amar Baharin Berkayuh Ke Makkah Menunaikan Umrah

Scroll to Top