Mohamed Ahil yang hilang bulan lalu ditemukan selamat

Mohamed Ahil yang hilang bulan lalu ditemukan selamat

am@hmetro.com.my

Hulu Selangor: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak awal bulan lalu ditemukan selamat di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim ketika dihubungi mengesahkan penemuan Mohamed Ahil Sekh Abdul Alim di kawasan Bukit Beruntung, pada 7.15 pagi.

“Kanak-kanak itu dijumpai sendiri oleh seorang pemilik madrasah tahfiz di mana dia sedang bermain dengan rakannya,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, Mohamed Ahil kemudian diserahkan kepada ibu bapanya.

Terdahulu, media melaporkan Mohamed Ahil dilihat kali terakhir di Masjid Madrasah Tahfiz Al Quran Al Walid Bukit Beruntung pada 8.20 malam, 6 Ogos lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top