Mohd Hairuddin dilantik Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

Mohd Hairuddin dilantik Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

am@hmetro.com.my

Foto Ihsan PDRM

Shah Alam: Ketua Cawangan Khas Selangor Deputi Komisioner (DCP) Mohd Hairuddin Che Hamid dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang sebelum ini berpangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) menabur bakti dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor kira-kira setahun.

Majlis serah terima tugas jawatan Ketua Cawangan Khas Selangor disaksikan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Sementara itu, SAC Salim Youb yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Cawangan Khas di PDRM Kontinjen Kelantan dilantik menjawat jawatan itu bagi menggantikan Mohd Hairuddin.

Sementara itu, Hussein berkata, Mohd Hairuddin adalah seorang pegawai kanan yang berwibawa serta mempamerkan sifat kepimpinan yang tinggi dalam menjalankan tugas diamanahkan.

“Pelbagai kejayaan dilakar sepanjang beliau mengetuai Cawangan Khas Selangor dan sudah pastinya, perpindahannya adalah kehilangan besar buat PDRM Kontinjen Selangor,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Pada masa sama, beliau menyerahkan cek daripada Tabung Kebajikan PDRM sempena Majlis Penyerahan Bantuan kepada Anak-Anak Istimewa Kontinjen Selangor Tahun 2023.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top