“Mohon Doakan Kami” – Ezzanie Jasny Terlibat Kemalangan Bersama Ibu Bapa, Alami Kecederaan Di Kepala

“Mohon Doakan Kami” – Ezzanie Jasny Terlibat Kemalangan Bersama Ibu Bapa, Alami Kecederaan Di Kepala

Pelakon, Ezzanie Jassy, terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya, semalam.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Story (IGs), Ezzanie memaklumkan kedua-dua ibu bapanya berada dalam keadaan selamat, manakala dirinya masih belum pulih sepenuhnya susulan insiden berkenaan.

“Saya terlibat dalam kemalangan kereta bersama ibu bapa semalam. Alhamdulillah mereka selamat.

“Keadaan saya masih belum pulih sepenuhnya, namun saya sedang berusaha untuk sembuh. Saya juga mengalami kecederaan di kepala dan masih belum pasti keadaannya,” katanya.

Menurut Ezzanie, dia kini menunggu maklum balas lanjut daripada pihak perubatan bagi mengetahui tahap sebenar kecederaan yang dialami.

“Saya akan menunggu maklum balas daripada doktor pagi ini. Mohon doakan kami. Terima kasih,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Nafi ‘Buat Muka’… Hanya Kurangkan Berat Badan & Lakukan Rawatan Wajah –“Dulu 58 Kg, Sekarang 51 Kg”

Scroll to Top