“Mohon maaf, saya sepatutnya beri contoh yang baik..” – Neelofa

“Mohon maaf, saya sepatutnya beri contoh yang baik..” – Neelofa

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa memohon maaf berhubung isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahannya dan kontroversi rentas negeri ke Langkawi, baru-baru ini.

Menerusi laporan BH Online, selebriti berusia 32 tahun itu mengaku kurang menjaga sensitiviti semua pihak dan terlepas pandang dalam banyak perkara.

“Kalau kita tengok, ada banyak versi cerita di luar sana berkenaan kedua-dua isu ini.
“Saya seikhlas hati memohon maaf atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan saya mahu pun di luar pengetahuan saya berkenaan kedua-dua isu ini,” katanya.

Menurut bekas pengacara MeleTOP itu, dia dan suaminya Haris Ismail menerima dengan hati terbuka segala keputusan dan tindakan pihak berkuasa ke atas kedua-dua insiden berkenaan.

“Sekali lagi saya hendak memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti hal ini dengan semua… Saya sepatutnya memberi contoh yang baik mengenai hal itu,” ujarnya.

Tambah Neelofa, dia memilih untuk membuat permohonan maaf hari ini selepas urusan membabitkan keterangan kepada polis telah selesai.

“Alhamdulillah, hari ini selesai (proses beri keterangan dan kerjasama kepada polis). Saya dan suami pergi (beri keterangan) pada awal minggu ini, keluarga mentua beberapa hari lalu dan keluarga saya hari ini,” tambahnya.

Sumber: BH Online (Zaidi Mohamad)

Scroll to Top