“Mohon Remy Ampang Bertanggungjawab” – Pemenang Tempat Ketiga Berang Belum Dapat Surat Enjin | Oh! Media

“Mohon Remy Ampang Bertanggungjawab” – Pemenang Tempat Ketiga Berang Belum Dapat Surat Enjin | Oh! Media

Selepas satu per satu terbongkar, kali ini pemenang ‘lucky draw’ tempat ketiga dalam acara Honda Day pula membuat satu hantaran meluahkan bahawa dia masih belum menerima surat enjin daripada pihak penganjur.

Difahamkan, Aimran Roslan iaitu pemenang tempat ketiga telah mendapat enjin K24 Type R, namun sehingga kini Aimran mendakwa dia masih belum menerima surat enjin daripada pihak penganjur.

Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak boleh menggunakan enjin tersebut selagi dokumen penting itu tiada dengannya.

Hadiah ketiga lucky draw Honda Day 2024.

Katanya enjin K24 ‘Type R’, sampai sekarang tak dapat surat enjin. Siapa yang tahu betul ke ini enjin K24 Type R?

Pemenang hadiah ketiga pun kena aniaya, surat beranak untuk enjin tu pun tak ada macam mana nak pasang nanti, JPJ tak lepas, enjin wiring pun tak ada untuk test start.. entah-entah tak hidup.

Aimran mendakwa enjin yang diterima nya itu dalam keadaan teruk kerana tiada minyak, berbau busuk dan berkarat.

Dia mengharapkan Remy Ampang iaitu penganjur acara tersebut bertanggungjawab atas hadiah yang diberi kepada semua pemenang.

Bengkel kereta semua tak mahu ambil risiko kang jadi besi buruk ja. Dalam enjin langsung tak ada minyak, bau busuk minyak karat lama ada lah.

Mohon Remy Ampang bertanggungjawab dengan hadiah lucky draw ketiga ni, jangan buat senyap bro. Lu padu lu bagi surat enjin, ganti hadiah baru.

Terdahulu, Remy Ampang telah tular kerana menghadiahkan kereta Honda lama kepada pemenang lucky draw.

Selepas dikecam netizen, dia telah menggantikan kereta Honda Accord SM4 kepada BMW F30.

Walaubagaimanapun, isu itu menjadi bualan netizen semula selepas ada satu pengguna Facebook iaitu SCRUT telah mendakwa hadiah kereta BMW F30 tersebut pernah mengalami kemalangan ‘high severity’.


Scroll to Top