“Saya diberitahu, Isnin ini (esok) Azizulhasni akan menjalani pemeriksaan di ISN dan kami akan diberi maklumat kedudukan terkini pelumba itu.
“Sukan berbasikal sememangnya berisiko tinggi kerana mudah tergelincir namun Azizulhasni tidak mengalami kecederaan kritikal, terdapat luka-luka pada kulit dan saya difahamkan proses pemulihannya boleh berlaku dalam jangka masa pantas serta sempat pulih sepenuhnya sebelum pertandingan,” katanya.
Mohd Nazifuddin berkata demikian selepas majlis Flag-Off Kontinjen Negara ke Sukan Asia 2022 Hangzhou yang disempurnakan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia Datuk Chong Kim Fatt di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini hari ini.
Semalam, Mohd Azizulhasni yang turut digelar The Pocket Rocketman berkongsi video berdurasi 35 saat, memaparkan beliau terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai.
Terdahulu, Kim Fatt bersama seorang pegawai MOM dan 15 atlet kriket wanita, berlepas ke Hangzhou, sekali gus menjadi wakil pertama negara berlepas ke negara tembok besar itu.
Pasukan kriket wanita akan membuka saingan menentang Hong Kong, Selasa ini.- Bernama




