Momen indah Ebit Lew berbuka puasa bersama warga Jeli – Utusan Digital

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

PETALING JAYA : Terus santuni mereka yang memerlukan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew baru-baru ini berada di Jeli Kelantan.

“(Perasaan) sebak, sayu (dan) gembira malam 27 Ramadan dapat berbuka di Kampung Asli, Jeli semalam ,”ujarnya

“Baik-baik anak di sini. Sifat mereka menghargai dan terima kasih mereka. Cepat mesra . Comel-comel semua,” ujarnya menerusi hantaran Facebook peribadinya baru-baru ini.

Katanya, apabila beliau duduk untuk berbuka puasa. Kanak-kanak datang menyertainya untuk buka bersama-sama.

Beliau berkata, semasa memasuki kawasan tersebut, banyak berlaku  tanah runtuh dan boleh mengundang bahaya pada waktu malam.

“ Lagi best, ramai adik di sini bersekolah semua kenal saya. Adik ini ajak saya bergambar. Tak sangka sampai pedalaman Kampung Asli di Jeli kenal saya. Syukur rasanya,” ujar beliau lagi.

Berkongsi lebih lanjut, Ebit berkata, sangat istimewa sebab berkat semua makanan sedap sahaja.

Kanak-kanak suka makanan yang dihidangkan. Mereka makan berselera, begitu juga ibu-ibu yang gemarkan nasi arab dengan briyani Thailand.

Menurutnya lagi, beliau gembira untuk melayan dan menghidangkan makanan untuk mereka.

Malah beliau turut memberi sedikit sumbangan duit raya untuk kanak-kanak dan ibu ibu yang hadir.

“Selepas selesai baharu kami makan pada pukul 8.30 malam. Tersenyum teringat telatah dan comel adik-adik di sini.

“Ada seorang adik tu kata saya selalu tengok ustaz. Selalu doa ustaz datang kampung saya. Hari ni Allah makbulkan. Semoga menjadi asbab kebaikan,”ujarnya.- UTUSAN ONLINE