Pelakon, Mona Allen tampil mendedahkan mengenai keperibadian pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Ali yang ternyata berbeza daripada kehidupan realiti, selain apa yang dipaparkan di media sosial.
Menerusi hantaran status di Instagran Story (IGs), Mona mempersoalkan mengapa insan bernama Azwan atau lebih mesra disapa sebagai Diva AA ini tidak mendapat pengiktirafan sama seperti rakan-rakan seniman barisannya yang lain.
“Masya-Allah, hebat seorang yang bernama Azwan Ali.. heran kenapa dia tidak diangkat seperti seniman lain? Sangat-sangat profesional di set penggambaran, brilliant mind and thinking.
“Yang penting, tidak susahkan orang di set,” kata Mona yang merasakan dia perlu untuk membersihkan nama Diva AA.
Berkongsi lebih lanjut, Mona turut memaklumkan Diva AA seorang yang mudah bekerjasama, selain komited ketikan menjalani penggambaran iklan Raya yang diarahkan oleh suaminya, aktor Pekin Ibrahim.
“Surprisingly, bila bekerja dengan Diva AA (panggilan Azwan Ali), dia sangat berbeza. Karakter dan pemahaman Diva sungguh di luar kotak. Sangat mudah bekerja dengan dia, faham tugas yang diberi.
“Kali ini kita tukar watak sebenar Diva kepada susuk seorang ayah, tepat pilihan kami, dia bawak watak itu dengan tepat.
“Tak banyak kerenah, datang paling awal ke set penggambaran. ‘Calltime’ pukul dua petang, pukul enam pagi dah sampai.
“Dia study karakter dari baca skrip hingga daripada segi pemilihan pakaian/penampilan,” katanya lagi.
Susulan itu, Mona turut berkongsi semula status di IG seorang individu dikenali sebagai Zulfakar Jamil yang turut memberi pujian kepada Azwan Ali.
Menurutnya, Diva AA seorang yang sangat berbeza di dunia nyata daripada apa yang dipaparkan di media sosial.