Mourinho bengang dipanggil pengkhianat berulang kali

Mourinho bengang dipanggil pengkhianat berulang kali
Mourinho bengang dipanggil pengkhianat berulang kali

Mourinho turut dilayangkan kad merah di pertengahan babak kedua perlawanan kerana menendang bola ke arah bangku pemain FC Porto. Foto: Agensi

JURULATIH legenda Portugal, José Mourinho meluahkan kemarahan selepas pengendali FC Porto, Lucho González menuduhnya sebagai pengkhianat sebanyak 50 kali dalam derbi panas O Clássico antara Benfica dan FC Porto pada awal pagi Isnin.

Mourinho, yang pernah mengurus Porto turut digantung selepas kad merah pada babak kedua kerana didakwa sengaja menendang bola ke arah bangku simpanan lawan.

“Orang dari bangku FC Porto yang turut digantung memanggil saya pengkhianat 50 kali di lorong pemain.

“Saya nak dia jelaskan… pengkhianat kepada apa?” kata Mourinho dalam sidang media selepas perlawanan.

Beliau menegaskan sepanjang kerjaya di Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid dan Fenerbahçe, beliau sentiasa memberikan komitmen penuh.

“Saya beri jiwa raga saya kepada Porto. Kemudian di kelab lain pun sama. Saya beri segalanya setiap hari. Itu profesionalisme,” katanya.

Mourinho turut meluahkan kekecewaan kerana hinaan itu datang daripada seorang profesional.

“Hinaan daripada penyokong itu satu hal, itu bola sepak. Tapi seorang profesional memanggil saya pengkhianat? Pengkhianat kepada apa? ” katanya.

Mourinho juga menafikan tuduhan menendang bola ke arah bangku lawan dan menjelaskan bola itu sebenarnya ditujukan ke arah penyokong selepas jaringan sebagai cara meraikan mereka.

“Pengadil kata saya digantung sebab menendang bola ke bangku FC Porto, itu tidak benar. Saya dah buat macam ini banyak kali di stadium Luz selepas jaringan, bola pergi ke penonton bertuah.

“Saya tahu teknik saya tak hebat, tapi niat saya hanya untuk peminat,” jelasnya.

Perlawanan sengit itu berakhir seri 2-2, menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

 

Ringkasan AI

  • José Mourinho meluahkan kemarahan selepas dituduh sebagai pengkhianat oleh pengendali FC Porto, Lucho González
  • Mourinho digantung selepas menerima kad merah kerana menendang bola ke arah bangku simpanan lawan
  • Beliau menafikan tuduhan pengkhianatan dan menegaskan komitmen penuh sepanjang kerjayanya di Porto dan kelab lain
  • Mourinho kecewa hinaan datang dari seorang profesional dan bukan penyokong
  • Menafikan menendang bola ke bangku lawan, mengklaim itu cara meraikan penyokong selepas jaringan
Scroll to Top