Moyes mohon maaf

Moyes mohon maaf

PENGENDALI West Ham United, David Moyes meminta maaf atas tindakannya menendang semula bola kepada ‘petugas pengutip bola’ di Stadium Deutshce Bank Park, pada Jumaat.

Moyes turut mengakui dia memang wajar dilayangkan kad merah atas tindakannya itu dan berharap perkara itu tidak dipanjang-panjangkan lagi selepas ini.

“Saya meminta maaf kepada petugas itu.. saya tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana dia juga seorang petugas yang baik di sepanjang perlawanan.

“Apa pun, saya bukannya mahu menendang bola kepada petugas itu, saya menyasarkan untuk menendangnya ke arah lain.

“Tetapi saya marah kerana dia tidak menyerahkan bola kepada saya, dia hanya menyerahkan dengan ‘pendek,’ tak sampai kepada saya..itu yang buat saya marah dan saya minta maaf,” katanya.

Pada aksi separuh akhir kedua itu, West Ham tewas 0-1 kepada Eintracht Frankfurt (1-3 secara aggregat) hasil kekalahan 1-2 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium London, 29 April lalu.

Selain itu tindakan Moyes itu turut menyaksikannya diperintahkan meninggalkan padang selain pemain West Ham Aaron Creswell yang lebih dahulu diperintahkan meninggalkan padang pada minit ke-19.

Sementara itu, pemain tengah West Ham, Declan Rice berkata, layangan kad merah kepada Cresswell dilihat sebagai antara punca menyebabkan kekalahan The Hammers itu.

Katanya, beraksi dengan 10 pemain ternyata sesuatu yang membebankan skuad kendaliannya itu hingga dilihat tertekan bagi mengekang asakan tuan rumah.

“Kad merah sering kali membuatkan perlawanan menjadi sukar. Apa pun, sudah tentu pada ketika ini, mereka adalah pasukan yang lebih baik berbanding kita.

“Apa pun, kami tetap berbangga kerana masih mampu sampai ke tahap ini dan mungkin pada masa hadapan, kami tidak akan kecewa lagi,” katanya.

Scroll to Top