sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Majlis Sukan Pahang (MSP) menegaskan tidak pernah melantik individu atau syarikat untuk menjual pakaian rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang melalui platform media sosial termasuk di Facebook.
Pengarahnya, Zamri Hassan berkata, pihaknya mengesan beberapa hantaran di Facebook yang mendakwa menjual pakaian SUKMA atas nama Majlis Sukan Pahang.
“MSP menafikan sekeras-kerasnya pembabitan dalam sebarang aktiviti jualan itu dan ingin menasihatkan orang ramai berhati-hati serta tidak terpedaya dengan tawaran yang meragukan.
“Sebarang urusan berkaitan pakaian rasmi SUKMA hanya akan diumumkan melalui saluran rasmi MSP sahaja, termasuk laman sesawang dan media sosial rasmi Majlis Sukan Pahang,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung penjualan itu diminta untuk melaporkan terus kepada MSP untuk mengelakkan sebarang penipuan.
© New Straits Times Press (M) Bhd