Muafakat Nasional gesa kerajaan merayu keputusan kalimah Allah

Muafakat Nasional gesa kerajaan merayu keputusan kalimah Allah

illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional (MN) menggesa kerajaan merayu dalam keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain.

MN dalam mesyuarat bulanan turut menyatakan keprihatinan yang amat serius terhadap penghakiman berkenaan.

“Mesyuarat hari ini juga menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil inisiatif menyegerakan pelaksanaan pengharmonian sistem perundangan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini, memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Keputusan kes itu, mengambil masa selama 13 tahun dua bulan, sejak difailkan pada 2008.

Dalam kenyataan itu juga, mesyuarat juga bersetuju untuk terus memperkukuhkan MN.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top