Muat Naik Salinan Bukti Komen Netizen, Fazura Hadir Di Pejabat SKMM

Muat Naik Salinan Bukti Komen Netizen, Fazura Hadir Di Pejabat SKMM

Pelakon jelita, Nur Fazura menyorot perhatian ramai selepas memuat naik beberapa foto yang memperlihatkan dirinya sedang berada di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menerusi beberapa hantaran di media sosial, Fazura juga ada memuat naik beberapa salinan bukti didakwa komen netizen yang ditujukan kepadanya berkaitan hubungannya bersama bekas suami yang juga aktor popular, Fattah Amin.

Meskipun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fazura menerusi hantaran berlainan pula dilihat berkongsi quotes yang ditulis dalam bahasa Inggeris mengenai kebaikan seseorang.

“Kebaikan bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan, perhatian bukanlah cinta, diam bukanlah kemarahan, dan air mata bukanlah kelemahan,” kongsinya.

Scroll to Top