
Pearly (depan) dan Thinaah tewaskan pasangan tuan rumah dalam aksi pusingan kedua Masters Jepun di Kumamoto pada Khamis. – Foto Agensi
BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan apabila mudah melangkah ke peringkat suku akhir Masters Jepun di Kumamoto.
Kejayaan tersebut diraih setelah pasangan ke-13 dunia itu menyingkirkan gandingan tuan rumah, Rui Hirokami-Yano Kato dalam saingan pusingan 16 pada Khamis.
Pearly-Thinaah dilihat tidak berdepan halangan sukar ketika menentang gandingan yang menduduki ranking ke-28 dunia itu menerusi kemenangan 21-17, 21-16 dalam tempoh 41 minit permainan.
Kejayaan itu menjadikan Pearly-Thinaah mengulangi kemenangan yang mereka lakar ke atas lawan yang sama pada pertemuan sulung dalam kejohanan Terbuka Korea Julai lepas.



