Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah agar vape segera diharamkan di seluruh negara kerana boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan menjadi langkah awal golongan muda mula terjebak dalam kancah dadah.
Sultan Pahang gesa haramkan vape

Foto: Kesultanan Pahang
Baginda turut menzahirkan rasa bimbang melihat generasi muda kini yang seolah-olah sudah hanyut dengan budaya menghisap vape yang sudah dianggap sebagai satu perkara biasa dan menular hingga berada di tahap serius.
Baginda bertitah, Pahang dan kerajaan negeri ini sudah mengeluarkan fatwa bahawa vape serta rokok eletronik adalah haram dan kini sedang menunggu akta itu diluluskan untuk pelaksanaannya.

Foto: Kesultanan Pahang
“Vape ini patut diharamkan oleh semua, jangan berasa simpati kepada mereka yang terbabit dalam hal ini kerana ini memudaratkan bangsa dan rakyat.
“Antara punca utama golongan muda terjebak ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape,” titah baginda di Kuala Lumpur, kelmarin.
Artikel lain: Nahas penuntut UPSI: Sultan Pahang titah masjid buat solat ghaib
Untuk rekod, pada 11 Jun lalu, kerajaan Pahang bersetuju mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri itu dan fatwa pengharaman telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Pahang.
Sumber: Berita Harian