Muflis & Hidap Beberapa Penyakit, Suami Miera Liyana Rayu Ikat Jamin Dikurangkan

Muflis & Hidap Beberapa Penyakit, Suami Miera Liyana Rayu Ikat Jamin Dikurangkan

Suami kepada pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman merayu agar mahkamah  menetapkan jumlah ikat jamin lebih rendah selepas didakwa atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), lima tahun lalu.

Memetik Sinar Harian, peguam mewakili Rosland berkata anak guamnya telah diisytiharkan muflis pada tahun 2023 serta menghidap beberapa penyakit termasuk kencing manis, glaukoma dan masalah saraf.

BACA: Suami Miera Liyana Didakwa Di Mahkamah 

“Dengan keadaan kesihatan serta tanggungan keluarga yang besar, saya memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan anak guam diikat jamin pada jumlah yang lebih rendah dan munasabah,” katanya.

Dalam sebutan hari ini, Rosland mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tujuh anak itu yang ketika itu merupakan pengarah Sarawak Consolidated Industries Berhad didakwa menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berkaitan hal ehwal syarikat tersebut.

Pernyataan palsu itu didakwa terkandung dalam dokumen Interim Financial Report on Consolidated Results for the Quarter Ended 30 September 2021.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan dan menetapkan sebutan semula kes pada 7 Mei ini.

Sumber: Sinar Harian


Scroll to Top