am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pendakwah terkenal, Mufti Menk mengunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.
Menerusi media sosial Thread, pemilik akaun Sulaiman an-Nuuri, dalam hantarannya berkata, Mufti Menk menyampaikan ucapan takziah, dengan menyebut Dr Hasmah sebagai “our mother”.
Katanya, ketika pertemuan itu, Mufti Menk sempat berkongsi sebuah hadis mengenai seorang lelaki yang memberikan air kepada seekor anjing yang kehausan.
“Disebabkan kebaikan yang dilakukannya, Allah mengampunkan dosa lelaki itu dan memasukkannya ke dalam syurga.
“Kata Mufti Menk, dalam kehidupan ini Allah sentiasa memberikan kita peluang untuk melakukan kebaikan. Bukan sahaja kepada seekor anjing, tetapi kepada semua umat manusia.
“Dengan kebaikan dan taubat yang dilakukan seorang hamba itu, akan membawanya ke syurga. Mengaitkan dengan kisah itu, Mufti Menk menyatakan sumbangan dan kebaikan yang dilakukan oleh Dr Hasmah kepada Malaysia dan ummah adalah sangat besar, dan beliau mendoakan semoga Allah mengurniakan syurga tertinggi kepada Dr Hasmah,” menurut hantaran itu.
Mufti Menk berada di ibu negara bagi menyampaikan ceramah perdana di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




