Muhammad Zaharif terseret lima meter selepas dilanggar

Muhammad Zaharif terseret lima meter selepas dilanggar

am@hmetro.com.my

Ipoh: Pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Jalan Taman Jadi, Meru, di sini, dikatakan diseret sejauh lima meter.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah itu, mangsa yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian dikatakan berlaku selepas pemandu kereta Perodua Ativa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuat bunyi bising ekzos ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Dikatakan, ketidakpuasan hati itu mendorong pemandu kereta berkenaan mengejar motosikal ditunggang remaja itu kira-kira satu kilometer (km) sebelum melanggarnya dari belakang.

Akibat pelanggaran itu, mangsa yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah terjatuh dari motosikal dan diseret kenderaan terbabit.

Saksi kejadian memaklumkan, pemandu kereta berkenaan kemudiannya berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa sebelum beredar selepas menyedari kehadiran orang ramai.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini untuk bedah siasat.

Tinjauan di Jabatan Forensik HRPB mendapati, ahli keluarga mangsa tiba di situ sementara menunggu proses bedah siasat selesai.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Mohamad Fauzi Mahson turut dilihat hadir ke Jabatan Forensik berkenaan bagi menzahirkan rasa dukacita atas kejadian itu terhadap keluarga pelajar berkenaan.

Insiden berkenaan turut tular di media sosial hari ini.

Terdahulu, media melaporkan

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top