“Mujur Tak Ada Yang Buat Cia Cia” – Gelagat Rahim Sepahtu Masuk Meminang Cuit Hati Netizen | Oh! Artis – Oh! Media

“Mujur Tak Ada Yang Buat Cia Cia” – Gelagat Rahim Sepahtu Masuk Meminang Cuit Hati Netizen | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Rahim Sepahtu tak sempat sediakan pantun ketika majlis meminang anak lelakinya.


Pelawak dan pengacara tersohor, Rahim Sepahtu sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tampil mengetuai rombongan merisik bagi pihak anak lelakinya, Aidil Aiman.

Menerusi video yang dimuat naik pemilik TikTok Iewan Lopez, Rahim dilihat mengenakan baju Melayu biru lembut sambil kelihatan cukup segak mengetuai majlis tersebut.

“Sampaikan hasrat anak saya, Aiman…”

Rahim berkongsi sepatah dua kata sebagai bapa yang menyampaikan hajat anaknya untuk menyunting gadis pilihan hati.

Pantun tak ada hari ini sebab semua dah habis dekat Sepahtu Reunion. Cuma hari ini saya sampaikan hasrat anak saya, Aiman untuk menyunting bunga yang sedang mekar di taman untuk menghiasi kamar hati dia.

Rahim mencuit hati ramai apabila berterus terang tiada pantun sebagai pembuka bicara disebabkan semua sudah dipersembahkan di program Sepahtu Reunion.

Di ruangan komen, netizen berseloroh menyangka Rahim masuk meminang untuk diri sendiri. Tak kurang juga yang terhibur melihat Rahim yang sinonim dengan aksi lawak.

Rahim
Rahim Sepahtu

Untuk makluman, Aidil Aiman merupakan anak kedua Rahim hasil perkahwinan terdahulu bersama Norazlin Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Kolin Abdullah.

Pssttt! Bukan sahaja lucu di pentas, ternyata Rahim juga seorang ayah yang cukup prihatin dan penuh kasih sayang. Kami doakan semoga segalanya dipermudahkan dan hubungan ini kekal hingga ke jinjang pelamin!

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top