Muka berubah tua ketika hamil, wanita bersyukur suami tetap puji cantik

Sudah menjadi kebiasan bagi wanita mengandung apabila mengalami alahan-alahan pelik sepanjang proses kehamilan.

Walaupun ia dianggap biasa oleh sesetengah wanita namun ada juga yang mengalami alahan melibatkan perubahan wajah yang agak ketara.

Hal ini dialami sendiri oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Cik Nur Ain apabila berkongsi gambarnya wajahnya yang berubah menjadi tua dan berkerut ketika hamil anak kedua.

Menurutnya, hal ini berkemungkinan disebabkan jarak usia kandungan kedua dengan anak pertama adalah lapan tahun. Dia juga mengakui berasa malu ketika keluar rumah dan apabila ada orang mahu mengambil gambar dengannya.

 

Namun selepas empat bulan melahirkan, kondisi kulit mukanya kian membaik. Dia juga berkesempatan untuk bertemu dengan beberapa pakar kulit bagi mencari solusi berkenaan wajahnya yang terlihat lebih berusia ketika proses kehamilan.

Walau bagaimanapun Cik Nur Ain menyatakan dia begitu bertuah kerana dikelilingi oleh insan-insan yang sangat menyokong.

Suami juga tetap memuji dirinya cantik walaupun wajahnya berkedut ketika proses kehamilan. Dia turut mengambil cuti selama 44 hari demi menjaga isterinya berpantang.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menitipkan doa agar kondisi wajah pengguna Facebook berkenaan kembali pulih.

Mereka juga memberikan semangat untuk Cik Nur Ain supaya terus kuat merawat wajahnya dan memuji tindakan suami wanita itu yang tetap ada memberikan sokongan kepada isterinya melalui waktu-waktu sukar itu.

 

Sumber: Facebook Cik Nur Ain