Muka cantik mana ada menyorok – Sajjad

KUALA LUMPUR – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kembali muncul di media sosial apabila memuat naik satu video perkembangan dirinya di YouTube semalam.

Menerusi video sepanjang lebih dua minit itu, Sajjad menafikan dirinya sedang menyorok.

“Muka cantik macam ni nak menyorok, baik tak payah jadi cantik … Tak baik cakap kita menyorok. Masa bila kita jadi pelarian, buat apa nak jadi pelarian.

“Menyorok daripada ditangkap polis, merepek je. Orang cantik sentiasa jadi perhatian. Saya tak menyorok, hanya diamkan diri daripada Instagram,” ujarnya.

Pada Januari lalu Sajjad tidak mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Mahkamh Tinggi Syariah Shah Alam kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik berumur 36 tahun itu selepas dia tidak hadir semasa sebutan semula kes berkenan, bulan lepas. – MalaysiaGazette