“Mulan Dah Sempurna” – Atikah Suhaime Tak Rancang Tambah Anak

“Mulan Dah Sempurna” – Atikah Suhaime Tak Rancang Tambah Anak

Pelakon Datin Atikah Suhaime memberitahu dia mengambil masa hampir setahun untuk mencari keyakinan diri selepas melahirkan cahaya matanya.

Menerusi perkongsian di Threads, Atikah seolah memberi bayangan tidak merancang untuk menambag cahaya mata serta mengatakan anak sulungnya, Mulan sudah sempurna.

BACA: Atikah Suhaime Selesa Tinggal Dengan Mentua, Kalau Suami Nakal Terus Mengadu

“Normal ke kalau tak nak ada anak lagi? Saya rasa Mulah dah sempurna. Ada ke ibu bapa dekat sini cuma ada satu anak? Okay ke?” katanya.

Sementara itu, Atikah berkata sebelum berkahwin dia pernah berjanji kepada suaminya, Datuk Lokman Teh untuk memberikan enam orang cahaya mata.

“Sebelum kahwin, saya janji dengan suami nak beri dia 6 anak. Tapi,…hmm tak jadilah. Perjalana selepas bersalin bukan main-main,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top