Muna Qaisara sudah ditemui

Muna Qaisara sudah ditemui

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pelajar perempuan yang dilaporkan hilang selepas tidak berada di asrama sekolahnya di daerah ini sejak Sabtu lalu ditemukan selamat petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan penemuan pelajar tingkatan tiga itu.

“Butiran lanjut akan dikongsikan dalam masa terdekat,” katanya.

Semalam, NSTP melaporkan keluarga pelajar Muna Qaisara Muhammad Budiman, 15, membuat laporan polis pada Ahad lalu berhubung kehilangan anak mereka.

Pelajar tersebut kali terakhir dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung berwarna krim pada petang Sabtu.

Pelbagai pihak menggerakkan usaha mencari remaja terbabit sebaik berita kehilangannya tular di media sosial termasuk usaha melakukan solat hajat dan doa selamat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top