Pelakon Hisyam Hamid berkata dia beranggapan pujian diberikan oleh rakan selebriti Fazura yang mengatakan dirinya seorang ‘family man’ hanyalah penghargaan biasa.
Memetik Utusan, Hisyam berkata baginya Fazura tiada niat lain dan pujian itu diberikan mungkin kerana melihat layanannya terhadap kedua-dua anaknya.
BACA: Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man
“Saya tengok video siaran langsung itu, dia (Fazura) cerita pun secara umum dan kebetulan kami pernah berlakon sama.
“Mungkin sebab dia tengok cara saya layan anak-anak menyebabkan dia puji daripada sudut itu. Saya tidak rasa dia ada niat lain, kadang-kadang peminat jadi teruja dengan perkongsian tersebut.
“Bagi saya tiada isu pun kalau nak puji sesiapa, lebih-lebih lagi kebaikan yang dibuat sebagai seorang ayah atau ibu,” katanya.
Sering digosipkan dengan beberapa selebriti sejak bergelar duda, Hisyam beranggapan ia hanya sekadar usikan peminat.
Katanya lagi, anak-anaknya menyedari gosip berkenaan dan anak lelakinya ada memberitahunya tidak mahu dia berkahwin lagi.
“Ada sekali tu bila dah dikenenkan dengan seorang artis, saya tidak mahulah sebut siapa. Anak saya DM hantar link artikel kemudian cakap ‘ayah.. run! (lari). Tapi saya anggap itu satu gurauan. Anak-anak sudah mula untuk belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan kami sekarang ini.
“Anak lelaki saya pun ada kata saya tak perlu kahwin kerana sudah ada segalanya tetapi mak saya tegur, tak baik kata macam itu sebab saya masih muda,” katanya.
Sumber: Utusan Online