Mungkin perut saya yang buncit, Zahirah Macwilson nafi hamil anak ketiga

Mungkin perut saya yang buncit, Zahirah Macwilson nafi hamil anak ketiga

PETALING JAYA: Pelakon, Zahirah Macwilson menafikan dirinya sedang hamil anak ketiga selepas seorang individu mendakwa pernah terserempak dengannya seakan berbadan dua.

Menurut Zahirah, perubahan bentuk badan yang dikatakan oleh individu tersebut hanyalah kerana perutnya yang membuncit.

“Mungkin perut saya yang buncit,” katanya.

Zahirah berkata demikian demi meleraikan spekulasi berbangkit selepas seorang netizen mendakwa dirinya sedang hamil.

“Macam nampak ‘baby bump’ Zahirah hari itu. Kalau betul, tahniah,” komen netizen tersebut.

Terdahulu, Zahirah tampil memuat naik sebuah hantaran di Threads bertanyakan pandangan kepada para ibu mengenai perasaan mereka memiliki tiga orang cahaya mata.

Perkongsian tersebut sekali gus menuai perhatian ramai sehingga rata-rata netizen mendakwaan pelakon drama Curi-Curi Cinta itu sedang memberi gambaran dirinya sedang berbadan dua.

“Para ibu, apakah rasanya memilik tiga cahaya mata?,” kongsinya spontan.

Untuk info, Zahirah telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isaac Raees dan Inara Raisa.

Scroll to Top