“Mungkin Tidak Sekufu Bagi Dia” – Edika Yusof Jawab Isu Isteri Failkan Cerai

“Mungkin Tidak Sekufu Bagi Dia” –  Edika Yusof Jawab Isu Isteri Failkan Cerai

Susulan laporan yang mengatakan isteri kepada pelakon Edika Yusof telah memfailkan perceraian pada Februari lalu, aktor itu akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu terbabit.

Katanya, dia akan cuba berbincang dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47, sekaligus menyifatkan tiada perkara serius dan akan memaklumkan mengenai hal tersebut.

Tambahnya lagi, hal yang terjadi mungkin berpunca daripada ‘tidak sekufu’ di pihak isterinya itu.

“Insya-Allah nanti saya update….nothing serious.

“Insya-Allah kami cuba bincang. Mungkin tidak sekufu, bagi pihak dia…terima kasih,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu,  berita perceraian pasangan ini mengejutkan ramai pihak selepas kedua-duanya dilihat bahagia apatah lagi melihat pengorbanan yang ditunjukkan Edika  yang setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka sejak 16 tahun lalu.

Namun, laporan mengenai perceraian itu telah disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim yang hadir bagi sebutan pertama kes tersebut di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Isnin.

“Untuk hari ini adalah sebutan biasa sahaja iaitu sebutan bagi penyerahan dokumen.”

“Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir mungkin atas alasan kerja dan sebagainya.”

“Dan mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh bagi sebutan semula.” jelasnya.

Ketika ditanya apakah sebab anak guamnya memfailkan cerai, Yazid tidak berkongsi secara terperinci namun memaklumkan tiada sepefaham menjadi faktor utama plaintif mahu berpisah.

“Sebab-sebab (pemfailan) saya tak boleh sebut secara terperinci kerana ianya bersifat subjudis kepada pihak defendan.

“Mungkin, alasan-alasan tersebut akan dibentang berdasarkan kepada arahan Hakim pada 23 April depan.”

“Tetapi, secara umumnya ialah tiadanya persefahaman antara plaintif dan defendan.”ujarnya.

Untuk rekod, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top