Munoz enggan panik yakin akan bangkitMunoz enggan panik yakin akan bangkit

Munoz enggan panik yakin akan bangkitMunoz enggan panik yakin akan bangkit

rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menegaskan beliau tidak mahu panik meskipun pasukannya memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan kekalahan 1-2 di tangan Buriram United.

Munoz mengakui keputusan itu pahit untuk ditelan, namun percaya pengalaman di Thailand mampu menjadi pengajaran berguna sebelum melayan kunjungan kelab Jepun, Machida Zelvia pada 30 September ini.

“Banyak perkara positif yang kami lakukan, terutama ketika menguasai permainan dan menyerang. Namun palang gol dan ketangkasan penjaga gol lawan (Neil Etheridge) menjadi penghalang,” katanya.

“Dalam bola sepak, anda tidak boleh beri ruang kepada lawan, khususnya di dalam kotak penalti kerana ia boleh mengubah keseluruhan rentak perlawanan. Yang penting, kami belajar daripada kesilapan ini dan tampil lebih baik selepas ini.”

Gol Antonio Glauder pada minit ke-28 gagal diterjemah sebagai kemenangan apabila Suphanat Muenta (m-50) dan Robert Zulj (m-54) memastikan Buriram merampas tiga mata di laman sendiri.

Namun Munoz kekal optimis dengan potensi pasukannya untuk segera bangkit.

“Saya percaya dengan semua pemain saya. Mereka pasti akan bangkit dan mencipta lebih banyak kejayaan selepas ini,” ujarnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top