Seorang guru yang dikenali sebagai Farrah meluahkan rasa sebak apabila melihat seorang murid lelaki terpaksa jalan seret di sebuah dewan sekolah rendah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Cikgu Farrah di laman TikToknya, dia berkata murid lelaki itu berkelakuan sedemikian kerana saiz kasut yang dipakainya terlalu besar sehingga meletakkan gumpalan kertas.
Murid lelaki terpaksa jalan seret
@cikgu_farrah minggu lepas ada kawan bgtau suruh tengok kasut murid ni sbb dia jalan seret2 kasut and aku pun mmg x cakap banyak terus ukur kaki dan p beli kasut baru utk dia.. sedihnya bila masa nak ukur size kaki nampak kertas dlm kasut.. dia sumbat kertas2 sbb kasut tu besar..
Simpati dengan nasib murid itu, dia terus mengukur kaki murid terbabit sebelum membelikan kasut baharu buatnya tanpa berfikir panjang.
“Minggu lepas ada kawan beritahu suruh tengok kasut murid ni sebab dia jalan seret-seret kasut dan aku pun memang tak cakap banyak terus ukur kaki dan pergi beli kasut baru untuk dia.
“Sedihnya bila masa nak ukur size kaki nampak kertas dalam kasut, dia sumbat kertas-kertas sebab kasut tu besar,” katanya.
Murid lelaki terpaksa jalan seret
Artikel lain: Hampir setahun berlalu, budak melecur masuk bilik TNB sudah kembali ke sekolah
Netizen turut sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak dan sayu melihat kedaifan murid berkenaan namun tetap cekal hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu.
Terima kasih cikgu, bantu anak murid yang kesusahan
Dalam pada itu, ramai menzahirkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Farrah kerana prihatin serta bermurah hati membantu anak muridnya yang memerlukan bantuan.
Sumber: TikTok @Cikgu Farrah