Murray tarik diri Terbuka Delray Beach

London: Pemain tenis, Andy Murray melakukan penarikan diri daripada kejohanan yang sepatutnya menjadi pertama buatnya bagi musim baharu di Florida pada minggu depan dengan sebab kerisauan kepada pandemik COVID-19.

Pemenang pingat emas olimpik Rio 2016 itu menerima tiket wildcard untuk beraksi di Terbuka Delray Beach dan perlawanan pertamanya dijadualkan pada hari Jumaat. Namun, perjalanan dibatalkan kerana menyifatkan ia terlalu berisiko.

“Selepas perbincangan bersama pasukan saya mengambil keputusan tidak melakukan perjalanan untuk beraksi di Delray Beach”, kata Murray.

“Selepas dimaklumkan mengenai peningkatan jumlah kes COVID dan beberapa perjalanan terbabit, saya mahu mengurangkan risiko menjelang Terbuka Australia”, katanya lagi.

“Saya sangat berterima kasih kerana penganjur kejohanan yang ternyata memahaminya dan saya berharap dapat beraksi di kejohanan sama pada masa akan datang”, tambahnya.

Sumber: HM

Akmal Hakim
Sports Desk

Scroll to Top