Musa Aman tarik balik rayuan isu ketua menteri Sabah

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Musa Aman memegang jawatan sebagai ketua menteri Sabah selama 15 tahun dari 2003. (Gambar fail)

PUTRAJAYA: Bekas ADUN Sungai Sibuga Musa Aman menarik balik rayuan bagi deklarasi bahawa beliau adalah ketua menteri Sabah yang sah selepas pilihan raya negeri (PRN) ke-15 pada Mei 2018.

Perayu nominal, ADUN Tamparuli, Jahid @ Noordin Jahim, juga menarik balik rayuan beliau.

Musa, 69, yang menjadi ketua menteri selama 15 tahun dari 2003, mengemukakan saman terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin dan Shafie Apdal.

Peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Jahid, memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Rohana Yusuf, penarikan balik rayuan itu disebabkan oleh perubahan dalam kerajaan selepas PRN September lalu.

BERITA LANJUT MENYUSUL