Muslim tak wajar berpakaian mencolok mata

Muslim tak wajar berpakaian mencolok mata

– Advertisement –

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kecewa dengan penampilan usahawan sensasi dan keluarganya yang didakwa tidak menghormati bulan Ramadan.

– Advertisement –

Menerusi hantaran di media sosialnya beliau juga meluahkan rasa malu apabila membaca komen serta teguran daripada seorang individu bukan-Muslim mengenai cara pemakaian usahawan produk kecantikan itu serta anak-anaknya yang mencolok mata.

“Saya rasa malu bila baca komen teguran saudara bukan-Islam kepada keluarga ini, kerana terlalu melampau dan hilang rasa malu yang asas sebagai manusia,” luahnya.

Katanya lagi, sepatutnya usahawan dan keluarganya itu, berpakaian lebih sopan sebagai menghormati bulan Ramadan yang mulia ini.

“Jika di bulan lain tidak boleh hormat hukum Allah, mungkin bulan ini (Ramadan) adalah sikit rasa nak hormat bulan mulia ini tetapi rupanya tidak.

“Tanpa segan silu, sama seperti si ibu, anak pula dipuji berpakaian nampak pusat dan sendat,” katanya lagi.

Tetapi amat malang sekali, ujarnya, semakin banyak teguran dan kritikan dari nitezen, namun mereka semakin aktif malah berbangga dapat mempamerkannya secara terbuka.

“Teguran saya ini, bukan bertujuan menghina atau merendahkan sesiapa sebaliknya sebagai usaha untuk mencegah kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan.

“Melakukan maksiat secara terang-terangan perlu ditegur agar tidak terus menjadi ikutan dan membawa kesan buruk kepada masyarakat,” katanya lagi.

Oleh itu beliau menyeru, agar sama-sama mendoakan kebaikan untuk semua umat Islam dan tidak berhenti berusaha memperbaiki diri demi mencari keredaan Allah SWT. – HARAKAHDAILY 18/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Scroll to Top