Nampaknya, isu kontroversi di antara pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh masih belum selesai.
Terbaru, Fara tampil meluahkan rasa kecewa terhadap Shuk yang didakwa gagal hadir ke mahkamah bagi urusan pendaftaran perkahwinan mereka walaupun sudah diingatkan berulang kali.
Menurut Fara, urusan itu penting untuk memastikan anaknya mendapat hak sewajarnya apabila dilahirkan kelak.
Fara naik angin dibidas netizen
Namun, perkongsian Fara ini mengundang rasa kurang senang netizen. Ada yang mengecam Fara mendakwa Shuk adalah ‘jodoh cerminan’ dirinya sendiri.

Tidak berdiam diri, Fara mempertahankan tindakannya bersuara demi anak yang sedang dikandung. Fara juga mendakwa dirinya sedang berdepan situasi bahaya melibatkan nyawa disebabkan suaminya yang tidak bertanggungjawab.
Aku bising sebab jantan tak guna ni tabur benih je tau. Lepas tu acah acah terpalíng bapak mithali gunakan anak-anak sana. Bukan setakat dia je takde tanggungjawab, entah mana mak bapak si jantan ni ahli keluarga lain walau anak aku ni. Sekor pun takde tanya khabar.
Fara turut menyelar tindakan Shuk yang didakwa hanya tahu provok dan akhirnya menghilang begitu sahaja selepas sekian lama tidak berhubung.
Hanya berjuang demi hak anak

Fara mendoakan netizen yang mengecamnya tidak melalui perkara yang sama. Dia sebagai seorang ibu hanya menjalankan kewajipan untuk melindungi anak yang sedang dikandung.
Pssttt! Hormatilah perjuangan ibu tunggal yang berusaha keras demi anak mereka. Kita tak tahu apa yang mereka lalui setiap hari.
Kredit: Instagram Fara Salleh
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.