MyTOWN lancar kempen Kaleido Raya Moments bersama CIMB

MyTOWN lancar kempen Kaleido Raya Moments bersama CIMB

KUALA LUMPUR – MyTOWN Shopping Centre melancarkan kempen Kaleido Raya Moments bersempena Ramadan dan Aidilfitri bagi meraikan detik kecil yang mencipta kegembiraan besar dalam sambutan perayaan.

Pengurus Besarnya, Mohd Azhan Che Mat berkata, kempen itu diinspirasikan daripada konsep ‘small wins big celebrations’ yang menonjolkan pengalaman bermakna bersama keluarga dan komuniti sepanjang musim perayaan.

“Untuk kempen Raya tahun ini, kami menawarkan lebih banyak hadiah kepada pengunjung. Dari 15 Mac hingga 30 April, pelanggan yang berbelanja minimum RM50 di MyTOWN berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM60,000 menerusi kempen SHOP! SCAN! WIN!

Mohd Azhan berucap pada majlis pelancaran media kempen Kaleido Raya Moments di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur pada Rabu.

Mohd Azhan berucap pada majlis pelancaran media kempen Kaleido Raya Moments di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur pada Rabu.

“Selain itu, kami menambah jumlah barangan dengan kuantiti lebih banyak yang mana pengunjung boleh menebus hadiah eksklusif Kaleido Raya Moments melalui aplikasi MyTOWNKL dengan mengumpul mata ganjaran dan memenuhi syarat perbelanjaan minimum dari 26 Februari hingga 29 Mac,” katanya pada majlis pelancaran media Raya MyTOWNKL di sini pada Rabu.

Menerusi kempen itu, pengunjung berpeluang memenangi ganjaran mingguan seperti penginapan tiga hari dua malam di hotel terpilih Ascott serta hadiah utama berupa percutian untuk dua orang ke Labuan Bajo bernilai RM4,000.

Kempen sama turut menawarkan hadiah lain termasuk Dyson V8 Slim Fluffy Plus Stick Vacuum Cleaner bernilai RM1,999 serta PlayStation 5 Disc Edition 1TB bernilai RM2,799.

Dalam masa sama, MyTOWN menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan bengkel kreatif sepanjang kempen termasuk persembahan Sanggar Budaya yang menampilkan Tarian Kampung, Silat Tari, Dikir Barat dan Zapin pada setiap hujung minggu dari 7 Mac hingga 29 Mac.

Persembahan kebudayaan sempena kempen Kaleido Raya Moments yang dianjurkan MyTOWN Shopping Centre bagi memeriahkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

Persembahan kebudayaan sempena kempen Kaleido Raya Moments yang dianjurkan MyTOWN Shopping Centre bagi memeriahkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

Selain itu, kempen berkenaan turut menawarkan barangan eksklusif termasuk Sampul Raya yang boleh ditebus dengan 290 mata bagi perbelanjaan minimum RM300, Collapsible Table Lamp dengan 490 mata bagi perbelanjaan minimum RM500 serta Lunch Box dengan Woven Bag dengan 990 mata bagi perbelanjaan minimum RM1,000.

Mohd Azhan berkata, kempen Raya tahun ini juga menampilkan beberapa kolaborasi baharu termasuk kerjasama dengan CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) serta penampilan tetamu jemputan bagi memeriahkan program yang dianjurkan.

“Kerjasama ini merupakan kali pertama kami bersama CIMB yang juga antara rakan bank serta penaja kempen kali ini. Kami melihat program yang dianjurkan selari dengan inisiatif OCTOfest mereka sekali gus menjadikan kerjasama ini sesuai untuk direalisasikan.

“Kami juga menjemput usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bagi sesi pertemuan bersama peminat yang dipilih melalui aplikasi MyTOWNKL untuk berbuka puasa bersama beliau. Selain itu, penyanyi Bella Astillah dijadual membuat persembahan pada 7 Mac sebagai sebahagian daripada program yang dianjurkan bersama CIMB,” katanya.

Tambah Mohd Azhan, beliau berharap pengunjung yang datang ke MyTOWN dapat membawa pulang kenangan bermakna sepanjang kempen berkenaan berlangsung.

“Kami mahu pengunjung merasai pengalaman baharu seperti menonton persembahan budaya atau menyertai aktiviti yang jarang dianjurkan di pusat beli-belah. Pada masa sama, kami juga mahu menarik pelancong asing melalui persembahan seperti Dikir Barat dan program oleh Sanggar Budaya.

“Konsep kempen ini adalah untuk mencipta memori kepada pengunjung dengan memberi tumpuan kepada aktiviti dan pengalaman yang boleh meninggalkan kenangan kepada mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Kumpulan CIMB, Toni Darusman berkata, Ramadan merupakan waktu yang menekankan nilai hubungan, empati dan kebersamaan dalam masyarakat.

“Melalui kempen ‘Semua Lebih Hebat dengan CIMB’ yang menawarkan diskaun 20 peratus kepada pemegang kad CIMB di premis penyewa terpilih, kami mahu mewujudkan pengalaman yang melangkaui aktiviti membeli-belah selain menyokong perusahaan kecil dan sederhana serta memperkasakan komuniti.

“Bazaar A Deal Fitri merupakan antara inisiatif yang membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia selaras dengan tema kempen Always a Big Deal with CIMB. Program itu dijadual berlangsung dari 6 hingga 8 Mac di Town Park dengan menampilkan lebih 50 vendor makanan tempatan, persembahan serta penampilan pencipta kandungan Madnoor dan Pinn Yang,” katanya.

Ringkasan AI

  • MyTOWN Shopping Centre melancarkan kempen Kaleido Raya Moments sempena Ramadan dan Aidilfitri
  • Kempen ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM60,000 kepada pengunjung yang berbelanja minimum RM50
  • Pengunjung berpeluang memenangi ganjaran seperti penginapan di hotel Ascott dan percutian ke Labuan Bajo
  • Pelbagai aktiviti kebudayaan dan bengkel kreatif diadakan termasuk persembahan tradisional pada hujung minggu
  • Kempen ini melibatkan kerjasama dengan CIMB dan penampilan artis serta usahawan terkenal untuk memeriahkan program
Scroll to Top