Nabil Ahmad Kagum Cara Didikan Aliff Syukri & Isteri, Puji Ammar Ahyan

Nabil Ahmad Kagum Cara Didikan Aliff Syukri & Isteri, Puji Ammar Ahyan

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad mengagumi cara didikan pasangan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida dalam membesarkan anak mereka.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Nabil berkongsikan pengalaman ketika bertemu dengan anak sulung pasangan tersebut iaitu Ammar Ahyan yang menjadi jemputan radio.

BACA: “Saya Patut Meninggal Hari Itu” – Nabil Ahmad Kongsi Kisah Silam

Menurut Nabil, anak sulung Aliff itu menyimpan niat untuk membawa ibu bapanya bercuti menggunakan wang hasil pendapatannya sendiri. 

“Apa yang saya kagum sewaktu berjumpa dengan Ammar ialah, dia cakap, ‘Saya nak bawa mak dan ayah saya bercuti’.

“Bila dia kata begitu, saya ‘expect’ dia nak bawa bercuti ke luar negara tapi dia cakap nak pergi ke Langkawi.

“Tak akanlah ke Langkawi kan? Lepas itu dia kata sekarang dia mampu bawa ke Langkawi saja.

“Maknanya, dia nak bawa mak ayah dia bercuti mengikut hasil pendapatan dia sendiri. Nanti kalau pendapatan dia dah banyak, barulah dia nak bawa mak dan ayah dia bercuti ke luar negara,” katanya.

Sementara itu, Nabil turut menyifatkan Ammar seorang remaja yang bijak serta satu rezeki buat Aliff dan Shahida kerana dikurniakan anak yang baik.

“Saya kagum dengan mak dia sebab Ammar Ahyan itu, ya Allah ‘brilliant’.

Dia seorang budak yang pandai dan baik. Rezekilah dapat anak macam itu,” katanya.

Sumber: TikTok


Scroll to Top