Nabil Ahmad Tukar Rumah Pusaka Di Mambau Jadi Madrasah, Pusat Tahfiz | Oh! Artis – Oh! Media

Nabil Ahmad Tukar Rumah Pusaka Di Mambau Jadi Madrasah, Pusat Tahfiz | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Nabil Ahmad rancang tukar rumah pusaka jadi madrasah demi tunaikan hajat ibunya.


Selebriti popular, Nabil Ahmad mahu menunaikan hasrat ibunya untuk menjadikan rumah pusaka di Mambau, Negeri Sembila sebagai madrasah dan pusat tahfiz.

Rumah peninggalan keluarga itu akan dimanfaatkan sepenuhnya sebagai tempat orang mengaji dan menjalankan aktiviti keagamaan.

Ibu berhasrat madrasah jadi saham akhirat

Nabil

Kata Nabil, ibunya berharap madrasah yang akan dibina itu menjadi bekalan akhirat buat ibu dan adik-beradik ibu yang merupakan pemilik tanah.

Walaupun perancangan asal sepatutnya bermula lebih awal, namun beberapa kekangan menyebabkan projek ini hanya dapat dimulakan awal tahun depan.

Nabil turut merancang membina masjid kecil di atas tanah seluas satu ekar setengah itu, termasuk menyediakan penempatan untuk pelajar dan ustaz yang menjaga mereka.

Fokus kepada ilmu Al-Quran

Sebagai permulaan, kami hanya ambil pelajar lelaki sahaja. Untuk kelas mengaji, kita tawarkan kelas percuma.

Pelajar di pusat tahfiz itu kelak akan dihantar menyambung pengajian ke peringkat tinggi seperti universiti Al-Azhar.

Menurut Nabil, harapannya adalah agar pelajar-pelajar itu kembali dan berkhidmat di pusat tahfiz yang bakal dibina.

Untuk memastikan kelancaran projek, Nabil turut mendapatkan nasihat daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi proses wakaf tanah dan pembinaan madrasah.

Dalam fikiran saya sekarang hanya mahu melihat hajat emak menjadi kenyataan. Tiada lain yang membahagiakan saya kecuali melihat emak gembira.

Nabil turut membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menyumbang sebagai saham akhirat dan akan memaklumkan tarikh pecah tanah dalam masa terdekat.

Pssttt! Di sebalik kerjaya glamor, terserlah sisi tanggungjawab dan keikhlasannya dalam memperjuangkan ilmu agama. Semoga dipermudahkan urusan.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top