Pelakon Nabil Aqil mengaku mengidamkan watak gangster dan lelaki yang mengalami depresi lantaran pernah mengalami pengalaman tersebut.
Kata Nabil Aqil atau nama penuhnya, Mohammad Nabil Aqil Mohd Salehuddin, 26, dia yakin boleh membawakan watak sedemikian dengan baik.
“Gangster dan seorang yang mengalami masalah depresi yang sangat kuat. Sebab saya yakin boleh bawa masalah depresi tu dengan baik. Saya pernah melalui depresi, jadi ada input sikit lah,” ulasnya.
Mengulas lanjut mengenai isu artis baharu yang dilihat memandang rendah terhadap anugerah tempatan, Nabil menjelaskan untuk seseoang itu mempunyai impian besa adalah tidak salah meskipun ia mengambil masa yang agak lama.
“Okay saja untuk impian yang besar, apa salahnya. Saya nak kena cuba dapatkan gelaran dan anugerah pelakon terbaik dahulu, itu yang saya akan usahakan.
“Anugeah tempatan okay sahaja, sekurangnya kita dapat anugerah dalam negara sendiri.
“Dan apabila kita dah dapat satu persatu bolehlah kita capai anugerah yang lagi tinggi. We can always start slow, nak lompat terus pun boleh. Ikutlah mana yang selesa,” katanya.
Dalam pada itu, Nabil mengakui walaupun baharu dalam industri seni tanah air, setiap artis haruslah bersikap ramah dan sentiasa bersyukur dengan apa yang diraih.
“Yang paling penting kita kena always stay humble, dan jangan rasa kita sentiasa berada di atas sebab apa yang kita ada sekarang ini hanyalah sementara sahaja.
“Jadi kita kena bersyukur dan buat yang terbaik, tolong orang sekeliling. Insya-Allah, segala urusan kita akan dipermudahkan,” ujarnya.
Nabil berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, TV3 bagi mempromosikan drama terbaharunya berjudul, Salju Rindu Di Bumi Auckland.
Selain Nabil antara akan artis yang telibat dalam drama kali ini ialah, Riena Diana, Keith Foo, Kodi Rasheed dan Husna Mustafaa.
Drama penuh emosi ini berlatarbelakangkan keindahan bumi Auckland, mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin.
Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024!