Nabila Huda Luah Perasaan, Kongsi Petikan Penuh Makna Simbolik Konflik Dialami – “Saya Tumbuh Meski Dengan Batas Luka”

Nabila Huda Luah Perasaan, Kongsi Petikan Penuh Makna Simbolik Konflik Dialami – “Saya Tumbuh Meski Dengan Batas Luka”

Pelakon versatile, Nabila Huda menyorot perhatian apabila memuat naik beberapa petikan seakan-akan meluahkan perasaannya terhadap konflik keluarga yang dialaminya selama ini.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil memuat naik kata-kata mengenai kepayahan seorang anak memendam perasaan dan menjalani kehidupan seperti semuanya baik-baik sahaja.

“I bloom even with scars,”katanya.

Dalam hantaran sama, tertulis beberapa petikan ringkas yang mempunyai maksud mendalam seolah-olah itu adalah simbolik kepada perasaan Abil.

Antaranya, petikan kata-kata yang menggambarkan dirinya yang tidak pernah sembuh dari luka yang dialami namun, harus tetap kuat dan bertahan menjalani kehidupan seperti semua masalah tidak pernah terjadi.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan rapat dan juga pengikutnya mengambil kesempatan menitipkan kata-kata semangat buat aktres itu.

Scroll to Top