Nabila Razali Mohon Maaf Tentang Isu Ibu Bawa Kereta Tanpa LKM Dan Insurans, Harap Jadi Pengajaran | Oh! Media

Nabila Razali Mohon Maaf Tentang Isu Ibu Bawa Kereta Tanpa LKM Dan Insurans, Harap Jadi Pengajaran | Oh! Media

Baru-baru ini, Penyanyi dan Pelakon Nabila Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman telah didenda oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka sebanyak RM480

Menerusi laporan Gempakz, Nabila memohon maaf atas empat pertuduhan kerana membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu.

Difahamkan mereka didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Seksyen 90(1) APJ 1987.

Walau bagaimanapun, Nabila berharap agar orang ramai tidak memanjangkan isu tersebut.

Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.

Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf.

Mengikut pertuduhan, Nabila telah membenarkan ibunya menggunakan kereta dengan LKM tamat tempoh pada September lalu.


Scroll to Top