Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Masih Teruskan Kerjaya Walaupun Berbadan Dua | Oh! Media

Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Masih Teruskan Kerjaya Walaupun Berbadan Dua | Oh! Media

Penyanyi, Nabila Razali baru-baru ini telah mengumumkan kini dia sedang hamil anak pertama dan dijangka akan melahirkan pada bulan Januari tahun hadapan.

Menerusi laporan Gempak, Nabila Razali dan suami meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan.

Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya.

Walaupun sudah berbadan dua, Nabila berkata dia masih meneruskan tugasan yang telah dijadualkan sepanjang tahun ini.

Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti.

Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja. Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik.

Pelantun lagu Pematah Hati ini berkata sepanjang kehamilannya dia tiada perubahan melainkan selera makan yang semakin bertambah.


Scroll to Top