Nad Zainal Kembali Bergelar Isteri, Hampir Seminggu ‘Nikahi’ Ungku Ismail Rakan Selebriti Ucap Tahniah! – Hijabista

Nad Zainal Kembali Bergelar Isteri, Hampir Seminggu ‘Nikahi’ Ungku Ismail Rakan Selebriti Ucap Tahniah! – Hijabista

Pelakon jelita Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih mesra disapa sebagai Nad Zainal kini sudah enam hari bergelar isteri kepada pelakon gandingan serasi yang juga sahabat karibnya, Ungku Ismail Ungku Aziz.

Pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM 1,000 pada tanggal 1 Rejab lalu iaitu pada 23 Januari 2023.

Berita Gembira Itu Dihujani Ucapan Tahniah Rakan Selebriti!

Sebaik sahaja melihat muat naik video di laman Instagram Nad Zainal beberapa jam lepas, hantaran Nad itu terus dibanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah dari rakan selebriti dan para peminat.

Artikel berkaitan: Berkat Doa Semua! Nad Zainal Keluar ICU, Tak Lagi Ditidurkan

Rata-ratanya menzahirkan rasa gembira, apabila akhirnya kedua selebriti kegemaran mereka disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan yang sah dan tidak lagi berselindung dan merahsiakan hubungan mereka.

Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya menarik perhatian Hijabista.

“Selamat Berbahagia Duna Akhirat,” Tulis Fazura

“Congratulations Kak Nad Dan Abang Ungku!” Ujar Puteri Aishah

Nad Zainal Kembali Bergelar Isteri, Hampir Seminggu ‘Nikahi’ Ungku Ismail Rakan Selebriti Ucap Tahniah!

Hijabista mendoakan agar perkahwinan Nad dan Ungku Ismail berkekalan hingga ke jannah dan memperoleh bahagia serta maghfirah oleh Allah SWT.

Sekadar info, sebelum ini, ketika ditanya berkenaan status hubungan dirinya bersama Ungku Ismain, Nad berkata Ungku merupakan antara individu paling rapat dengan dirinya ketika ini.

Pengakuan berkenaan dibuat Nad pada, siaran langsung di aplikasi TikTok, pada Jumaat lalu selepas kembali pulih setelah sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dna jangkitan kuman pada paru-paru.

Sumber: Instagram Nad Zainal

Artikel berkaitan: Nad Zainal Dah Sedar, Tak Lagi Bergantung Pada Tiub Pernafasan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.