Nadia Annuar Berang Akaun Palsu Guna Nama & Gambar, Siap Mengaku Dah Kahwin – “Setahun Dia Menyamar, Pengikut Hampir 20,000!”

Nadia Annuar Berang Akaun Palsu Guna Nama & Gambar, Siap Mengaku Dah Kahwin – “Setahun Dia Menyamar, Pengikut Hampir 20,000!”

Pengacara, Nadia Annuar meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila identitinya disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab yang didakwa menyamar menjadi dirinya di media sosial sejak setahun lalu.

Menurut Nadia, akaun palsu tersebut semakin berani apabila berjaya mengumpul hampir 20,000 pengikut di Instagram meskipun kandungan yang dimuat naik jelas tidak masuk akal dan disunting secara keterlaluan.

“Tolong semua report akaun ini, dah setahun dia menyamar jadi saya sampai pengikut di Instagram hampir cecah 20,000. Gila eh?

“Gambar pun pelik, ada yang tak ada telinga, kepala pun nampak leper… tapi masih ramai yang tak sedar itu bukan saya,” katanya menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya.

Individu berkenaan turut menggunakan kapsyen dalam bahasa Inggeris yang salah.

Lebih mengejutkan, dia turut mengaku dirinya sudah berkahwin dengan seorang lelaki dikenali sebagai @moch_hafiz86.

Nadia dalam masa sama menegaskan dirinya hanya memiliki satu akaun rasmi Instagram.

“‘Follow me to be a friendship’… otak dia. Oh my English! Pakai nama Mrs Nadya. Saya hanya ada satu sahaja akaun IG,” ujarnya lagi.

Scroll to Top