Pelakon, Nadia Brian tampil menepis dakwaan kononnya status dan kekayaan menjadi faktor utama dia menjalinkan hubungan cinta bersama usahawan Nedim Nazri.
Menurut laporan mStar, Nadia menegaskan dirinya sudah lama berdikari dan mampu menyara kehidupan sendiri termasuk keluarganya tanpa bergantung kepada mana-mana lelaki.
“Saya cari duit sendiri” – Nadia Brian

Menurut Nadia, dakwaan yang dilemparkan netizen itu adalah tidak berasas dan jauh menyimpang daripada realiti sebenar kehidupannya.
Itu tidak benar. Sebelum dengan Nedim lagipun, saya sara kehidupan saya sendiri dan keluarga. itu semua tuduhan tidak berasas. saya memang cari duit sendiri.
Saya bukan jenis yang bermewah-mewahan. Saya kenal dia bukan sebab harta, keluarga pun merestui hubungan ini.
Hubungan dengan Boss Ned sebab serasi

Tambah pelakon itu lagi, hubungan yang terjalin antara mereka adalah berasaskan keserasian dan keikhlasan, bukannya faktor material seperti yang diperkatakan segelintir warganet.
Kenyataan tersebut sekali gus menamatkan spekulasi yang berlegar dalam kalangan netizen mengenai motif sebenar hubungan cinta mereka.
Pssttt! Dalam soal cinta, jangan cepat menghukum dari luaran semata-mata. Setiap hubungan ada cerita dan perjuangan tersendiri yang tidak semua orang tahu.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




