Nadin Amizah, Faishal Tanjung Selamat Bernikah!

Nadin Amizah, Faishal Tanjung Selamat Bernikah!

Penyanyi popular, Nadin Amizah akhirnya menamatkan zaman bujangnya diusia 25 tahun bersama kekasih hati, Faishal Tanjung.

Acara yang penuh dengan adat tradisi itu berlangsung di Lembang, Jawa Barat, Indonesia selepas dua bulan pasangan ini mengikat tali pertunangan.

Difahamkan, Nadin sah menjadi isteri kepada Faishal yang juga adik ipar kepada penyanyi Vivi Aldiano dengan hanya sekali lafaz.

Pada majlis itu juga, Nadin menerima emas seberat 28.4 gram dan wang tunai Rp 8.082.025 (RM2,309 )sebagai mas kahwin.

Pelantun lagu Bertaut ini kelihatan manis dan memukau dengan busana kebaya berwarna putih hasil rekaan Wiranti Kurnia Bride.

 

Untuk rekod, pasangan ini sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta sebelum mengikat tali pertunangan pada Jun lalu.

Scroll to Top