Penyanyi popular Indonesia, Nadin Amizah, 24, selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasih hatinya yang juga seorang penyanyi, Faishal Tanjung, dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada Jumaat lalu.
Menerusi beberapa foto dan video yang dikongsikan di media sosial, Nadin kelihatan anggun mengenakan kebaya berhias manik berona merah jambu lembut.
Sementara Faishal pula, tampil segak dengan padanan kemeja putih dan seluar hitam.
Berlangsung dalam suasana sederhana, majlis tersebut juga menyaksikan antara momen manis pasangan berkenaan.
“Langkah pertama dari milyaran langkah lain ke depannya,” tulisnya ringkas.
Meninjau ke ruangan balas, rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri komen dengan ucapan tahniah.