Selepas situasi tegang menimpa Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), aktivis Nadir Al Nuri sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan status dan perkembangan terkini mengenai sukarelawan yang ditahan rejim Isr**l.
Menerusi hantaran di Facebook, Nadir memaklumkan bahawa sukarelawan terbabit kini sudah mula dibawa tiba di pelabuhan Ashdod.
Jelasnya lagi, pasukan peguam GSF juga telah berhubung dengan mereka bagi memberikan khidmat guaman sewajarnya.

Manakala, dalam perkongsian terbaharunya, Nadir dilihat menempelak tindakan pihak Isra**l kerana cuba menyebarkan video propaganda bagi memberikan imej buruk terhadap peserta GSF.
Sekali gus menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘try hard’ apatah lagi untuk mempamerkan peserta misi sebagai pengganas.

Bagaimanapun, dalam perkongsian video sama, beberapa wajah peserta Malaysia turut kelihatan dalam rakaman berkenaan termasuk Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi (The Helmis) serta rakan-rakan lain.
Tegasnya, semangat juang yang ditunjukkan mereka tetap tinggi meskipun ditahan pihak penceroboh.
ARTIKEL BERKAITAN:Himpunan #Stand4Sumud, Air Mata & Doa Rakyat Malaysia Iringi Sukarelawan Aktivis Kemanusiaan




